Tarik Balik Permohonan Maaf, Shuib Teruskan Tindakan Saman Terhadap ‘John Dihani’
Usahawan dan penyampai radio, Shuib mengambil keputusan meneruskan untuk tindakan saman terhadap individu bernama ‘John Dihani’ yang didakwa telah memfitnahnya menerusi media sosial.
Shuib berkata, tindakan saman diteruskan selepas individu berkenaan menerusi peguamcara telah menarik balik permohonan maaf yang dilakukan sebelum ini.
“Pada 4 Julai, dia membuat permohonan maaf di Instagram Story, namun pada 10 Julai lalu dia menghantar surat tidak bersetuju dan menafikan segala apa yang dia dah keluarkan.
“Disebabkan itu saya tetap meneruskan saman dan yang selepas itu saya akan serahkan semuanya kepada mahkamah,” katanya.
Shuib berkata, dia sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan John Dihani di mahkamah sehingga kes selesai dan tidak kisah untuk sering turun naik mahkmah.
“Ada orang tanya saya tak kisah untuk turun naik mahkamah, namun bagi saya untuk kes ini saya sudah bersedia dan akan meluangkankan masa untuk ke mahkamah,” katanya.
Pada masa sama, Shuib berharap agar isu berkenaan boleh dijadikan pengajaran kepada kepada orang lain supaya lebih berhati-hati menggunakan sosial media.
“Ini bukan sekadar tentang nama baik saya, tetapi berkaitan dengan kesejahteraan dan budaya masyarakat kita yang mengamalkan nilai-nilai murni.
“Saya mengambil tindakan ini sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap budaya rakyat Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain.
“Kita sering menyaksikan benyebaran fitnah dan maklumat palsu yang dapat merosakkan reputasi pihak- pihak yang tidak bersalah.
“Saya ingin menegaskan bahawa saman fitnah in bukan hanya untuk saya sebagai seorang individu, tetapi ia adalah langkah proaktif untuk melawan budaya fitnah yang tidak melambangkan budaya masyarakat Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, Shuib mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya anggota organisasi Freemason, selain didakwa sengaja membiarkan Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 dua tahun lalu. – KopiPlanet.com