Cerita ArtisHiburan

Tarikh Asyik Tertunda, Naqiu Akui Berdepan Penganjur Tabur Janji Kosong Mahu Anjurkan Konsert Boboy

Bintang All Stars Gegar Vaganza, Naqiu mendedahkan dia pernah berdepan dengan seorang penganjur yang beria-ia mahu menganjurkan konsert kumpulan Boboy.

Bagaimanapun, Naqiu menyatakan dia bersama pihak pengurusannya berasa ia sekadar janji-janji kosong penganjur berkenaan apabila tarikh konsert asyik tertunda beberapa kali.

“Mahu mengadakan satu konsert bersama Boboy merupakan salah satu impian saya. Apabila ada pihak yang menganjurkan, pastinya saya teruja.

“Pertemuan saya dengan penganjur berkenaan bermula sejak penghujung 2021. Memang ada beberapa pertemuan dibuat selepas itu dan penganjur ada tetapkan tarikh, tetapi asyik tertunda,” ujarnya.

Ujar Naqiu, setelah melihat seperti tiada perkembangan mengenai konsert tersebut, dia bersama pihak pengurusannya, Mind Order Sdn. Bhd. mengesyaki penganjur itu sekadar memberi janji-janji kosong.

Malah, penyanyi itu merasakan dia sekadar hanya membuat ‘kemunculan’ percuma bersama penganjur berkenaan yang seakan-akan tidak serius untuk menganjurkan konsert yang diidamkannya itu.

“Kami dah berjumpa beberapa kali dan sudah ada tarikh-tarikh yang dicadangkan, namun semuanya tak menjadi. Rasa macam penganjur itu hanya sekadar mahu dekat dengan saya.

“Apabila nak berjumpa dengan saya, dia gunakan alasan untuk bincang pasal konsert. Sedangkan sewaktu bertemu, tak banyak pun bercakap mengenai konsert dan lebih kepada berbual perkara lain,” ujarnya.

Biarpun berhadapan dengan pihak sedemikian, namun Naqiu enggan berputus asa dan berharap agar konsertnya bersama Boboy dapat direalisasikan.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Naqiu memberitahu dia akan membuat kemunculan istimewa menerusi acara ‘After Hours Bersama Hetty Koes Endang’ pada 24 Februari ini di Grand Shah Alam SACC.

Naqiu berkata, dia sendiri tidak menyangka menjadi pilihan penganjur, Visual Print Sdn Bhd untuk sama-sama menjayakan acara berkenaan.

“Sudah tentu ini satu penghormatan kerana Hetty juga adalah juri semasa saya menyertai Gegar Vaganza 6 dan All Stars Gegar Vaganza.

“Bagi saya, beliau juga saya anggap seorang guru dan ‘ibu’ yang banyak membimbing saya sepanjang pertandingan. Jadi, dapat turut serta bersama beliau dalam sebuah acara adalah peluang yang tidak harus dilepaskan,” jelasnya.

Berkonsepkan ‘Gala Dinner’, harga tiket dijual dengan harga RM288, RM488, RM888 dan RM988 dan boleh dibeli dengan melayari laman web www.tix-box.com atau menghubungi talian 017-7118945. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button