Cerita ArtisHiburan

Tasha Shilla Selesa Berimej Seksi Namun Ikut Kesesuaian Majlis

Pelakon Tasha Shilla tidak dapat menolak tanggapan segelintir pihak yang melabelnya sebagai selebriti berimej seksi hanya dek kerana dirinya sering berpakaian menjolok mata.

Menurut Tasha, dia tidak dapat menghalang kata-kata orang terhadapnya malah dia sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan mahu berpakaian tertutup atau sopan sebagai imej dirinya.

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

“Lagipun saya tidak pernah keluarkan kenyataan cakap akan pakai sopan. Saya tahu apa yang saya selesa pakai. Kalau hari ini rasa nak pakai skirt pendek, saya pakai sahaja. Seksi itu subjektif dan saya akan berpakaian ikut mood serta majlis yang dihadiri,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Tasha ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharunya, Air Mata Syurga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Drama Raja Ahmad Alauddin itu turut dibarisi Afiq Muiz, Haliza Misbun, Ellie Suriati dan Normah Damanhuri.

Menginjak usia 31 tahun, Tasha atau nama lengkapnya, Natasha Sheila Abd Razak tidak terlepas ditanya mengenai soal mendirikan rumah tangga sementelah adiknya baharu sahaja diijabkabulkan baru-baru ini.

“Sekarang saya dah tak fikirkan sangat soal jodoh. Fokus saya kini memang hanya pada karier seni. Pada usia sekarang rasanya tak perlu untuk saya mengejar cinta.

“Selagi tiada ikatan yang sah, saya tak mahu mengembar-gemburkan tentang hubungan cinta kepada mana-mana pihak selepas ini,” katanya yang mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang pada ketika ini.

Kembali memeriahkan industri seni, menurut Tasha Air Mata Syurga merupakan salah satu daripada naskhah lakonan yang sangat mencabar dirinya.

Menerusi drama terbitan Dark Wave Pictures itu, Tasha melakonankan watak pasangan kembar yang mempunyai sikap berlainan di antara satu sama lain.

Drama itu akan disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa bermula hari ini, jam 9 malam di saluran HyppSensasi (116), Unifi TV. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button