
Tauke Jambu Maklumkan Dalam Kereta Miliknya Cuma Ada Rambutan & Petai Sewaktu Ditahan Polis
Pelawak popular Tauke Jambu memaklumkan dia hanya membawa rambutan dan petai sewaktu ditahan polis baru-baru ini.
Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Tauke menerusi satu posting di Insta Story miliknya.
“Salam geng… nak citer sikit… masa wa ditahan polis perks kereta wa cuma ada rambutan gading dan setangkai petai.
“Wa beli untuk bini wa… bukan peralatan-peralatan jijik yng tular… wa tak sanggup tengok lu orang buat dosa kering,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang selebriti popular telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia pada 3 Ogos lalu.
Setelah status selebriti berkenaan menjadi teka-teki ramai, akhirnya beberapa hari kemudian Tauke membuat pengakuan bahawa dia adalah selebriti yang dimaksudkan. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan