AntarabangsaHollywood
Taylor Swift Bagi Teaser Gambar Manik, Labuci Untuk Album Baharu
Penyanyi Taylor Swift baru-baru ini telah memberikan bayangan yang dia akan muncul dengan album terbaharu yang akan dilancarkan pada 26 April ini.
Apa yang menarik perhatian, penyanyi berusia 30 tahun itu kini hanya memuat naik gambar beberapa objek termasuk manik dan kain labuci bagi memberikan ‘teaser’ kepada peminat mengenai album baharunya itu nanti.
Paling terbaharu, dia memasukkan gambar beberapa ekor ayam yang memakai cermin mata hitam seakan-akan memberikan imej komikal terhadap muzik yang bakal dibawakannya nanti.
Setakat ini Taylor telah menghasilkan enam album studio iaitu Taylor Swift yang diterbitkan pada (2006), Fearless (2008), Speak Now (2010), Red (2012), 1989 (2014) dan Reputation (2017). – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1