Taylor Swift Sokong Joe Biden Untuk Menang Pilihan Raya Presiden AS
Penyanyi terkenal, Taylor Swift antara selebriti Hollywood yang menyatakan sokongan penuh mereka terhadap pesaing Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump iaitu Joe Biden.
Proses pengundian bagi pemilihan jawatan presiden AS ke-59 itu bakal berlangsung pada 3 November ini.
Trump mewakili Parti Republikan manakala Joe mewakili Parti Demokratik.
Menerusi wawancara dengan majalah V, Taylor mengatakan, “Saya dengan bangganya akan mengundi untuk Joe Biden dan Kamala Harris dalam pilihan raya pemilihan presiden tahun ini. Saya percaya di bawah kepimpinan Joe, Amerika akan kembali pulih seperti mana yang kita rakyat perlukan pada masa kini.”
“Perubahan ini perlu sebab kita mahukan presiden yang tidak melupakan semua bangsa dalam keperluan kami untuk sentiasa berasa selamat serta kami diberi hak yang sama rata di sini,” ujarnya.
Selain Taylor, antara selebriti terkenal lain yang menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap kepimpinan Joe ialah Madonna dan Cardi B. – KopiPlanet.com