EventHiburan

Teater Bangsawan Dendam Laksamana Dapat Perhatian Badan Korporat

Usaha Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) membawakan siri jelajah teataer Bangsawan Dendam Laksamana mendapat perhatian daripada beberapa badan korporat untuk bekerjasama dengan mereka.

Antara badan korporat yang terlibat dalam teater ini ialah seperti Sime Darby, DRB-Hicom University, Tune Hotels dan Hotel Primula.

Menurut pengarah projek teater tersebut, Pat Ibrahim, penglibatan syarikat-syarikat korporat ini banyak membantu melancarkan lapan siri jerayawara yang telah dirancang pihak mereka.

“Saya cukup berterima kasih dengan sokongan yang diterima daripada badan-badan korporat yang sudi bekerjasama dengan kami.

“PIPE dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival jelajah ini bermula bulan Jun dengan melibatkan lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia.

“Bersesuaian dengan jenamaan festival iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya mengandungi empat komponen di dalamnya terdiri daripada forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan teater,” katanya kepada Kopiplanet.com.

Pat ditemui pada majlis sidang media di Mini Auditorium Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bangsawan Dendam Laksamana dibintangi Hairi Safwan, Nadia Aqilah, Azizah Mahzan, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Asmidar, Ucop dan Naque Ariffin.

Ia akan mula dipentaskan di Johor pada 25 Jun hingga 1 Julai, Melaka (2-8 Julai), Pahang (9-15 Julai), Terengganu (15-21 Julai), Pulau Pinang (22-28 Julai), Kedah (30 Julai-5 Ogos), Perak (5-11 Ogos) dan Kuala Lumpur (29 Oktober – 11 November). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button