PopularViral

Teguran ‘Kasih Sayang’, Nadir Al-Nuri Akui Tak Pernah Iri Hati Terhadap Ebit Lew

Sehingga kini, kemelut membabitkan misi kemanusiaan ke Gaza membabitkan Ustaz Ebit Lew masih lagi diperkatakan.

Yang terbaharu, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan panjang berhubung perkara berkenaan.

Ujarya, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

“Penulisan ini hanyalah tidak lain sebagai teguran kasih-sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik terutama bagi diri saya, tim EL dan semua yang terlibat.

“Saya pasti EL dan timnya sebagai contoh dan pedoman kepada masyarakat yang sentiasa mengajak kepada berkasih-sayang dan persaudaraan mampu menerima nasihat dan pandangan daripada rakan seagamanya,” jelasnya.

Nadir berkata demikian dalam satu perkongsian tentang situasi yang berlaku di saluran Telegram miliknya.

Sementara itu, Nadir juga menjelaskan dia sudah cuba beberapa kali untuk berhubung ketika pasukan Ebit Lew berada di Kaherah, Mesir.

“Semasa team EL (Ebit Lew) di Kaherah, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan team EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas.

“Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’. Selama sebulan team EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia telah dimaklumkan bahawa ketika itu pasukan Ebit Lew masih berada di Mesir dan sempat melawat beberapa buat lokasi pelancongan di Mesir sementara menunggu kebenaran memasuki Gaza.

“Rakan-rakan di Kaherah maklumkan team EL masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh pembantu peribadinya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza,” ujarnya.

Menerusi penjelasan yang dibuat, Nadir turut menafikan dakwaan kononnya dia dengki dengan Ebit Lew, sebaliknya dia sendiri cukup mengalu-alukan kehadiran beliau.

Ujarnya, ketika Ebit Lew duduk bersebelahan dengannya, Ebit langsung tidak menegur mahupun menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Jam 2 pagi, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang.

“Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian team bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya.

“Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh team kepada saya melainkan pengawal keselamatannya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat live ya.

“Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur.

“EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku,” ujarnya.

Pada masa sama, Nadir juga meminta pihak pasukan Ebit Lew untuk tampil memberikan penerangan dan penjelasan.

“Seruan saya kepada pihak Tim EL, beranilah tampil untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang beberapa perkara yang disebutkan daripada melihat jutaan netizen mencipta fitnah dan bertelagah sesama sendiri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

*Untuk mengetahi lebih lanjut, boleh baca perkongsian Nadir Al-Nuri menerusi channel Telegram miliknya… https://t.me/s/nadiralnuri

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button