HiburanSelebriti

Teka-Teki Terjawab… Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah Hari Ini

Spekulasi mengenai perkahwinan antara Engku Emran dan Noor Nabila akhirnya terjawab apabila mereka sah bernikah hari ini.

Perkara tersebut dibuktikan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan oleh adiknya iaitu Ameera Khan di Insta Story miliknya.

Sebelum ini, sudah bertebaran khabar angin yang mengatakan kedua-duanya akan mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.

Engku Emran dan Noor Nabila sudah dua kali mendirikan rumah tangga dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
9
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button