
Teka-Teki Terjawab… Fizo Omar Kini Sah Bergelar Suami Kepada Seorang Bekas Pramugari
Teka-teki mengenai gambar yang dimuatnaik oleh Fizo Omar akhirnya terjawab apabila pelakon berkenaan dikatakan sudah berkahwin semalam.
Difahamkan, wanita yang menjadi isteri pelakon berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri dan merupakan bekas seorang pramugari.
Bagaimanapun, buat masa ini Fizo dan isterinya itu masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan perkahwinan tersebut.
Menerusi laporan portal mStar, pengurus kepada Fizo yang dikenali sebagai Mimi menyatakan pelakon itu akan mengumumkan sendiri berita berkenaan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. – KopiPlanet.com