Teka-Teki Terjawab… Hafidz Roshdi Kini Sah Bergelar Suami Athira Yuhada
Teka-teki mengenai kisah perkahwinan pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi akhirnya terjawab apabila selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Athira Yuhada hari ini.
Berita perkahwinan tersebut dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi satu posting bergambar di Instagram miliknya.
Menerusi posting yang sama, Hafidz berkongsi momen akad nikah di mana pasangan pengantin memakai sedondon serba putih.
Sebelum ini, sudah tersebar khabar angin mengatakan pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2023.
Bagaimanapun, pelakon itu enggan memberi sebarang komen dan meminta media menunggu sekiranya ada berita gembira tersebut.
Untuk rekod, pelakon ini pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Shukri pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jodoh tidak panjang, mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023 didakwa berpunca daripada sikap Hafidz yang berlaku curang. – KopiPlanet.com