Cerita ArtisHiburan

“Telah Tertulis Di Luh Mahfuz Akan Setiap Langkah Perjalanan Hidup Kita…” – Ashira Aziz & Bad Indigo Sah Bercerai

Pasangan penyanyi Ashira Aziz dan Bad Indigo mengejutkan ramai apabila kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pasangan berkenaan menerusi satu perkongsian video di akaun Instagram Ashira dan Bad.

“Kitaorang dah capai persetujuan bersama. Jadi, kitaorang tadi dah sah berpisah, tetapi kitaorang akan tetap berkawan.

“Memang kita nak berkawan sampai bila-bila. Kita orang tetap baik,” ujar Bad.

Dalam pada itu, Ashira pula memaklumkan tiada masalah yang berlaku antara mereka berdua dan enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka.

Malah, Ashira menyatakan agar pihak media agar tidak menghubungi mereka untuk bertanyakan lebih lanjut dan hanya pihak keluarga sahaja yang mengetahuinya.

“Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita. Dengan siapa kita kenal,dengan siapa kita berkawan,bila kita jumpa jodoh,bila ajal kita tiba.

“Jadi,usah risau akan perjalanan hidupmu.Kita hanya merancang. Tetapi,Allah SWT sebaik baik perancang,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button