Cerita ArtisHiburan

Telefon Bimbit Putri Ariani Rosak Gara-Gara Dapat 10 Juta Notifikasi Di Instagram

Setelah mendapat Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent, nama penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Putri Ariani terus dikenali di seluruh dunia.

Malah, penyanyi berusia 17 tahun yang mengalami cacat penglihatan sejak kecil, namun berbakat dalam bidang nyanyian dan mampu bermain piano itu berkesempatan berjumpa dengan Presiden Indonesia, Jokowi.

Dalam perjumpaan tersebut, penyanyi itu sempat memberitahu bahawa telefon bimbitnya rosak gara-gara mendapat 10 juta notifiais di akaun Instagram miliknya.

“Terpaksa log out akaun Instagram dahulu yang dijaga mama. Sekarang ini telefon bimbit saya tidak boleh dibuka.

“Kalau dulu notifikasi saya terima tak banyak, paling banyak 1,000 atau 2,000. Sekarang, alhamdulillah 10 juta notifaksi sampai telefon bimbit tidak boleh menyala lagi,” ujarnya.

Dalam pertemuan itu juga, Jokowi sempat bertanya kepada Putri tentang apa yang ingin disampaikannya, termasuk sama ada inginkan telefon bimbit baharu.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan sebaliknya cuma meminta sokongan daripada Presiden Indonesia itu, manakala Jokowi pula akan memberikannya alat muzik flute. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button