AntarabangsaHollywood

Tempoh Sekatan Bekas Pengurus Dekati Britney Spears Dilanjutkan

Tempoh sekatan yang dituntut Britney Spears terhadap bekas pengurusnya, Sam Lufti telah dilanjutkan oleh pihak mahkamah pada Selasa lalu.

Sebelum ini, Sam telah membantah tempoh sekatan mendekati itu kerana menyifatkan perkara itu adalah tidak munasabah serta keterlaluan.

Britney dilaporkan terpaksa mengambil tindakan mahkamah selepas bekas pengurusnya sering kali mengganggu dirinya dan ahli keluarga menerusi khidmat pesanan mesej dan di media sosial.

Sam banyak kali mengeluarkan kenyataan provokasi di media sosial sehingga membuatkan Britney mengalami masalah mental dan tekanan sejak berada di bawah pengurusannya.

Penyanyi itu bagaimanapun tidak hadir pada perbicaraan tempoh lanjutan sekatan itu sebaliknya menghantar wakil. Perbicaraan kes itu bakal bersambung dalam tempoh terdekat ini.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button