
Temui Pengganti, Liam Hemsworth Perkenalkan Kekasih Dengan Ibunya
Setelah bercerai dengan Miley Cyrus, aktor Liam Hemsworth memang dilihat agak lama bersendirian. Sedangkan bekas isterinya itu sedang menjalinkan hhubungan istimewa Cody Simpson.
Kemudian, terdapat khabar angin yang mengatakan Liam bercinta dengan pelakon berasal dari Australia iaitu Maddison Brown. Malah, terdapat paparazzi yang sempat mengambil gambar pasangan itu bercium di khalayak umum.
Namun begitu, belum sempat kedua-duanya membuat pengesahan, terdapat pula cerita bahawa mereka kini sudah berpisah dan Liam pula sudah mempunyai kekasih baharu.
Ketika ini, dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Gabriella Brooks dan Liam dilihat seakan-akan serius dengan hubungan bersama kekasihnya itu.
Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila portal Mail Online sempat muat naik gambar kemunculan Liam dan Gabriella di kawasan Byron Bay. Malah, Liam sempat memperkenalkan kekasihnya itu kepada ibunya.
Memutuskan untuk makan tengah hari bersama, Gabriella turut berjumpa dengan ibu dan bapa Liam. Ternyata Gabriella kelihatan cukup gugup sewaktu berhadapan dengan bakal mertua.
Bagaimanapun, rasa gugup Gabriella terus hilang apabila ibu Liam iaitu Leonie Hemsworth memeluknya sambil kesemuanya rancak berbual sambil menikmati hidangan. – KopiPlanet.com