Sudah menjadi seperti tradisi pada bulan Ramadan, kemeriahannya dirasai dengan pelbagai bazar yang dibuka buat orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.
Malah, ia juga dilihat sebagai bulan untuk peniaga-peniaga menambahkan pendapatan mereka dengan pelbagai juadah yang dijual.
Namun, tidak dinafikan ada segelintir peniaga yang mengamalkan sikap tamak dengan menaikan harga makanan sesuka hati.
Itulah yang dilalui seorang pengunjung bazar yang menggunakan nama @wansafiqboh apabila berkongsi di TikTok pengalamannya membeli Roti John.
Menurut individu tersebut, ketika sedang beratur membeli Roti John, peniaga berkenaan secara tiba-tiba menukar harga jualan di hadapan matanya sendiri.
“Peniaga depan mata scam. Tadi masa beratur harga RM7, dah nak sampai harga jadi RM8,” ujar individu berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan individu itu bersama rakannya terus membeli Roti John di kedai tersebut atau sebaliknya. – KopiPlanet.com