Gaya Hidup

Terapi Muzik Hargai Diri, Kaedah Berkesan Tangani Stress

Tidak dinafikan pengurusan stress cukup penting di zaman moden masa kini. Kebanyakan daripada kita pastinya tidak lepas daripada stres kerja, stres menguruskan rumah tangga dan sebagainya.

Ia menjadi tanggungjawab bagi setiap individu untuk bijak menguruskan stress agar ia tidak memakan diri di kemudian hari. Salah satu cara yang dilihat berkesan bagi menangani perkara itu adalah dengan menggunakan kaedah terapi muzik.

Terapi menggunakan alat muzik itu juga telah membuka satu laluan baru bagi pengusaha Jamu Mak Dara, Abib Syed Ali mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmahnya.

“Saya hampir hilang semuanya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.

“Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu,” katanya dalam sesi perkongsian terapi bersama media di Kelas@10, Shah Alam, baru-baru ini.

Terapi ini diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) iaitu lebih kepada pengurusan strees serta aktiviti menghargai diri seseorang itu.

Abib berkata, walaupun ia masih baharu di negara ini namun terapi ini sudah dikenali di seluruh dunia dalam golongan profesional khasnya.

Merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini, Abib berkata apa yang lebih menarik konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.

“Apabila kita mainkan alat muzik seperti gong misalnya, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah.

“Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi diaplikasikan untuk merangsang saraf di anggota badan kita”, katanya.

Abib berkata, dia belajar mengenai terapi itu sejak dua tahun lalu dan berniat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang berminat serta memerlukan.

“Semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hambaNya berusaha dan saya gembira apabila mendapat maklum balas positif. Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi juga dalam dan peribadi. Itu yang saya kata, bila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil,” katanya.

Terapi ini membabitkan bahagian iaitu empat bahagian kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan sound bath (mandi bunyi).

Tarikan terapi ini ialah sound bath (mandi bunyi) proses menyenangkan diri menggunakan kaedah gong dan crystal bowl.

Aktiviti terapi ini turut dikongsi di laman sosial menerusi akaun instagram @abibsyedali.

Terapi JMD juga turut mendapat sokongan selebriti seperti Ayu Damit, Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri yang pernah menggunakan khidmatnya sebelum ini.

Mengenai harga yang ditawarkan, buat masa ini Abib mengalakkan setiap sesi terapi dilakukan secara berkumpulan dalam skala 30 orang dan tawaran harga boleh dibincang bersamanya.- KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button