“Tercapai Sudah Niatku Untuk ‘Berkorban’ Kat Mekah Al Mukarammah…” Setelah 32 Tahun Edrie Hashim Botakkan Kepala
Umum mengetahui mengenai gitaris popular tanah air, Edrie Hashim kini berada di kota suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram mengenai perjalanan ibadahnya itu, Edrie menyatakan air matanya mengalir apabila melihat Kaabah di hadapan matanya sendiri.
“Dengan nama Mu ya Allah… Alhamdulillah.. aku sampai jugak ke rumah Mu… berderai airmata pertama kali melihat Kaabah depan2 mata… tak sangka aku si pendosa ni mendapat panggilan menjadi tetamu Mu… (mula2 rasa macam nak kene prank… tak berani nak bagitau org pon berita nak gi umrah tu.
“Alhamdulillah syukur2 ya teramat sangat telah Kau capai kan jua cita2 ku untuk menjadi tetamu Mu .. telah kau makbulkan doaku ya Allah,” tulisnya.
Selain itu, Edrie yang sebelum ini dikenali ramai dengan imej berambut panjang ternyata membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya.
“Tercapai sudah niatku untuk ‘berkorban’ kat Mekah Al Mukarammah.. .. telah lama aku berniat agar ‘pengorbanan’ 32 tahun ku ini akan berakhir di tanah suci Mu.. takder paksaan .. takder ugutan… semuanya di atas nama kasihku pada Mu Ya Allah Tuhan sekalian alam.
“Sesunguhnya aku beriman pada kekuasaan dan kasih sayang Mu ya Tuhan ku.. Semoga ibadahku diterima oleh Mu .. moga aku akan dipanggil lagi untuk menjadi tetamu rumah Mu ya Allah… moga kali ini bersama orang2 yang aku kasihi insyaallah ..Aaminn2 yra..,” ujarnya. – KopiPlanet.com