Cerita ArtisHiburan

Terlalu Rindu… Anak Ashira Menangis Tonton Persembahannya Di Gegar Vaganza 7

Linangan air mata menyaksikan ibunya membuat persembahan sempena konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu kedua malam hadi membuatkan hati sesiapa sahaja sebak.

Itu juga yang dialami oleh anak kepada peserta Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun menerusi satu video berdurasi 21 saat yang dimuat naik oleh kakaknya, Shasha Aziz dalam Twitter sebaik sahaja wanita tersebut mahu membuat persembahan.

Sudah tiga minggu tidak bertemu dengan anaknya yang kini di bawah jagaan sementara Shasha, ternyata emosi tidak dapat dibendung lagi buat Shazril yang menitiskan air mata rindu kepada ibunya.

“Memang rasa rindu sangat kepadanya, tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7. Saya menangis bila melihatkan video itu dimuat naik oleh kakak, tidak terluah dengan kata-kata.

“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. InsyaAllah, apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” kata Ashira.

Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang didendangkan oleh Andra & The Back Bone menganggap lagu tersebut sebagai pembakar semangat untuknya meneruskan hidup dengan sempurna selepas ini.

Meskipun berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.

“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.

Sebelum ini, Ashira telah diarahkan keluar dari rumah sewa yang didiaminya beberapa bulan yang lalu.

Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik Covid19 terpaksa ‘menyerahkan’ Shazril kepada Shasha dan dia pula menumpang di rumah kakak kelimanya, Sharifah Nur Azita. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button