Cerita ArtisHiburan

Terpalit Dengan Isu Curang, Shuk Sahar Dedah Keretanya Pernah Diludah Seorang Makcik

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar pernah terpalit dengan kontroversi setelah dikaitkan dengan isu curang apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Dalam satu sesi siaran temubual menerusi podcast, pelawak itu menyatakan kontroversi berkenaan telah memberi kesan terhadap dirinya.

“Ketika sedang makan pernah ada seorang makcik yang nampak saya dan terus membisikkan sesuatu kepada anaknya sambil tunjuk reaksi benci.

“Saya ingat sampai situ sahaja… tetapi apabila dia lalu di sebelah kereta saya, saya nampak dia ludah,” luahnya.

Shuk berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan di Pulau Pinang tidak lama dahulu.

Mengkui agak panas dengan kelakuan makcik berkenaan, namun pelawak itu sekadar mendiamkan diri apabila menyedari ia adalah satu bentuk pemulauan sosial atau ‘cancel culture’.

“Ketika itu rasa macam nak bangun kerana marah, tetapi waktu itu kes saya tengah meletup, orang kedai pula pandang saya semacam. Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap cancellation rakyat Malaysia,” ujarnya.

Nama Shuk sebelum ini menjadi bualan hangat apabila berdepan krisis rumah tangga dengan bekas isterinya, Sera apabila didakwa curang dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button