HiburanSelebriti

Terpalit Isu Tak Bayar Hutang & Muflis… Mawar Karim Akui Emosinya Terganggu, Perniagaan Terjejas 40 Peratus

Berhadapan dengan isu dakwaan gagal membayar hutang sebanyak RM720,000 sehingga dikatakan bakal muflis, usahawan popular Mawar Abdul Karim, mengaku bahawa emosinya terganggu.

Mawar berkata, dia sendiri terkejut dengan dakwaan berkenaan, apatah lagi langsung tidak pernah berurusan serta meminjam duit daripada individu yang dimaksudkan. 

“Sudah tentu emosi saya terganggu dan orang sekeliling juga bertanya apabila cerita mengenai dakwaan tersebut tersebar di Internet. Perniagaan saya juga terjejas sebanyak 40 peratus.

“Lagipun saya tidak menerima sebarang surat rasmi. Pada masa sama, saya memikirkan juga soal keselamatan anak, keluarga, bisnes, pembekal serta reputasi perniagaan saya yang turut terjejas,” ujarnya.

Mawar juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hutang atau berhadapan dengan masalah kewangan dan hairan bagaimana dia boleh dikatakan berhutang sebanyak RM720,000 dengan individu yang tidak dikenali.

“Sekali lagi saya menegaskan dakwaan itu tidak tepat dan tidak pernah berurusan dengan individu terbabit.

“Saya pun kurang pasti apa niat sebenar individu berkenaan. Adakah ini dengki atau cubaan mensabotaj saya dalam perniagaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar yang diwakili oleh Peguambela dan peguamcara daripada Zabir Imran and Partners, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Tentuan Azali & Co, Mohd Azali Ibrahim memaklumkan, esok akan berlangsung sesi pendengaran permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ingkar kehadiran di mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi.

“Buat masa ini, kami fokus kepada permohonan ini terlebih dahulu sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button