Cerita ArtisHiburan

Tersimpan Dua Tahun, Sarah Suhairi Akui Single Baharu Andaikan Memang Khas Lagu Untuk OST Drama

Setelah tersimpan selama dua tahun, akhirnya single baharu Sarah Suhaimi berjudul Andaikan telah dilancarkan.

Sarah berkata, lagu berkenaan tersimpan begitu lama kerana ia memang dicipta khusus untuk menjadi lagu runut bunyi (OST).

“Sebelum ini pihak syarikat rakaman pernah mengusulkan lagu ini untuk beberapa buah drama, tetapi belum ada yang sesuai.

“Akhirnya, lagu ini telah dipilih untuk menjadi lagu OST sebuah drama TV3 berjudul Hatimu Sedingin Salju,” ujarnya.

Sarah berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual bersama media baru-baru ini.

Andaikan adalah sebuah hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik dari saudara Shah Shamshiri.

Ia telah siap dirakamkan sejak tahun 2019 iaitu setahun selepas Sarah Suhairi menjuarai sebuah pertandingan realiti.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada lagu berkenaan akan terus disimpan sekiranya tidak berjumpa dengan drama yang bersesuaian, Sarah memberitahu ia akan tetap dilancarkan.

“Kalau tak jumpa drama yang sesuai lagu ini masih akan dilancarkan, cuma tidak tahu bila.

“Namun, saya bersyukur kerana akhirnya lagu ini terpilih untuk menjadi OST drama Hatimu Sedingin Salju,” jelasnya.

Setakat ini, Andaikan adalah single solo Sarah Suhairi yang keenam selepas Pedih, Nyawa & Raga, Rise And Fall, Mungkin dan Kau Yang Bertakhta. 

Andaikan menunjukkan sisi lain vokal Sarah Suhairi kerana lagu bergenre balada ini mempunyai melodi yang cukup indah disertakan dengan bait-bait lirik yang penuh emosi.

Lagu berkenaan menceritakan tentang kebarangkalian hubungan percintaan pasangan yang mengharungi hidup bersama namun musnah di pertengahan jalan.

Lagu Andaikan dari Sarah Suhairi boleh mula didengarkan di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes mulai 24 Jun 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
5
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button