Cerita ArtisHiburan

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Tampil Seksi, Riena Diana Akui Tidak Terkesan

Pelakon popular, Riena Diana mengakui dirinya langsung tidak terkesan dengan kecaman teruk netizen gara-gara penampilannya yang cukup seksi.

Dalam satu video ketika ditemubual portal mStar, pelakon itu ketika ini sudah banyak perkara yang dipelajari dan lebih bersikap terbuka menerima pandangan orang lain.

“Kira-kira lima enam tahun dulu saya pernah upload gambar yang lebuh seksi berbanding sekarang dan teruk dikecam sampai rasa down dan nak tutup Instagram.

“Sekarang dah beberapa tahun dalam industri, banyak yang saya pelajari dan bersikap terbuka, dari segi mental saya okey,” ujarnya.

Baru-bari ini, pelakon yang terkenal menerusi drama Kampung People itu mendapat kecaman teruk netizen kerana memuat naik gambarnya berpenampilan seksi di Instagram.

Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang ini juga sememangnya tidak ada kena-mengena dengan dirinya yang baru sahaja putus cinta baru-baru ini.

“Setakat kecaman ni ia tidak mengganggu keadaan mental saya, tetapi bila putus cinta ini ia lebih banyak mengganggu mental saya.

“Saya pun ambil keputusan untuk ‘cuti’ daripada bidang lakonan sekejap agar dapat fokus pada diri sendiri, termasuk mental saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Riena juga menyarankan kepada mereka yang berasa tidak selesa melihat penampilannya itu supaya tidak lagi mengikuti akaun media sosial miliknya.

“Secara jujurnya ramai yang komen kata nak unfollow Rienalah macam ni. Tapi bila saya tengok profile orang komen tu mostly semua tak unfollow pun saya lagi.

“Saya faham kadang-kadang netizen ni excited nak luahkan perasaan dorang dekat Instagram saya, cakap nak unfollow, tapi tak buat pun kan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit: video mStar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button