Cerita ArtisHiburan

Teruskan Tradisi Buat Tahun Ke-2, Anna Jobling Edar 1,000 Kad Raya Kepada Peminat

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba lebih kurang dua minggu lagi, pelakon dan selebriti, Anna Jobling meneruskan tradisi untuk tahun kedua memberikan kad raya kepada keluarga, rakan-rakan serta khusus buat peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Menghasilkan kad raya dengan sentuhan sendiri, Anna Jobling teruja untuk berkongsi ingatan tulus ikhlas dan kad ucapan istimewa tersebut.

Selain untuk menyebarkan kegembiraan dan mempereratkan kemesraan dalam kalangan peminat, pelakon berkenaan ingin menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada beliau sekaligus menghidupkan budaya yang semakin dilupakan ini.

“Saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila saya terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya positif.

“Mereka siap buat video cantik dan tag saya di media sosial. Bukan itu sahaja, saya juga akan berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka,” ujarnya.

Untuk tahun 2024 ini, pelakon itu memperuntukkan 1000 kad raya yang bakal diedarkan di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula minggu depan.

Dalam perkembangan lain, sepanjang ramadan kali ini Anna memilih untuk lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga tersayang dan berehat dari aktiviti lakonan selain menghadiri majlis berbuka puasa. – KopiPlanet.com

page2image67090240
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button