Cerita ArtisHiburan

“Tetap Haram Walau Pakai Wig…” – Aishah Azman Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Apabila Diminta Pakai Rambut Palsu

Pelakon popular, Aishah Azman menegaskan dia tidak kisah untuk menolak sebarang tawaran jika dia disuruh untuk memakai rambut palsu.

Aishah berkata, dia sudah pun merujuk kepada beberapa orang ustaz untuk mengetahui tentang hukum wanita yang wanita yang bertudung memakai rambut palsu.

“Sebelum ini ada penerbit dan pengarah yang meminta saya pakai rambut palsu, namun saya menolaknya dan beritahu mereka boleh cari pelakon lain kalau nak juga saya lakukan seperti yang diminta.

“Lagipun saya sudah merujuk kepada beberapa orang ustaz mengenainya dan tetap haram walau pakai wig (rambut palsu) kerana masih menyerupai wanita seperti tidak bertudung,” jelasnya.

Aishah berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran Supertelemovie Bangkitkan Aku Kembali yang berlangsung semalam.

Dalam supertelemovie berkenaan, Aishah membawakan watak Cikgu Shila dan ia adalah adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karta Sophilea.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang status dirinya sekarang ini, pelakon yang juga adik kepada Afiq Muiz itu mengakui kini masih lagi single.

Ujarnya, dia kini memilih untuk lebih berhati-hati untuk mencari pasangan disebabkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini

“Saya tidaklah fobia pun dan masih membuka pintu hati. Cuma sekarang ini saya belum berjumpa calon yang sesuai kerana saya lebih berhati-hati.

“Kriteria paling penting adalah dia perlu menghormati orang tua, hormati keluarga saya dan diri saya sendiri. Selain itu, antara ciri-ciri yang saya suka adalah berpendidikan, kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button