Cerita ArtisHiburan

Tiada Lagi Minat Dalam Industri Hiburan, Loca B Umum Undur Diri… Mahu Fokus Besarkan Anak-Anak

Penyanyi popular, Nabilah Hani Azali atau Loca B mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan mahu mengundur diri daripada bidang seni.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, Loca B memberitahu keputusan itu dibuat kerana mahu memberi fokus membesarkan dua orang anaknya.

“Saya sudah tiada minat lagi untuk berada dalam industri hiburan Malaysia dan lebih suka menjadi seorang ibu dan isteri.

“Saya mahu memberi fokus kepada kehidupan mereka (anak-anak) yang saya bawa ke bumi ini,” katanya.

Ujar Loca B lagi, keputusan berkenaan diambil kerana dia mahu menjadi contoh yang terbaik kepada kedua-dua anaknya yang sedang membesar.

Menurutnya, hal yang demikian kerana dia tidak mempunyai banyak peluang untuk mempelajari pelbagai perkara sewaktu dirinya kecil.

“Saya mahu menjadi model (contoh) kepada anak-anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya mahu sebuah rumah tangga yang indah dan tiada hasutan pihak luar.

“Saya juga mahu anak-anak faham tentang agama dan bagaimana menjadi manusia yang jujur (saya juga sedang belajar). Saya nak sesuatu yang mencabar otak. Mewahkan dengan ilmu pengetahuan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button