Cerita ArtisHiburan

Tidak Pernah Kenal Secara Berdepan, Sharnaaz Ahmad Hormat & Kagum Dengan Semangat Elyana

Umum mengetahui mengenai penyanyi popular Elyana yang kini sedang mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit kanser limfoma.

Malah, keadaan yang dilalui oleh Elyana turut mendapat perhatian beberapa rakan artis, termasuk Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Sharnaaz meluahkan rasa hormat dan kagum dengan semanagat penyanyi berkenaan.

“Elyana, tidak pernah kenal anda secara berdepan, hanya nama dan tv. Tapi just nak bagitau, saya sangat hormat dan kagum dengan semangat Elyana.

“Stay strong and semoga Allah permudahkan segalanya. Jadilah seperti Elyana, tak pernah mengalah dalam apa sahaja dugaan,” tulisnya.

Ketika ini, penyanyi yang popular dengan lagu kalis rindu itu kini sedang menjalani rawatan radioterapi.

Malah, Elyana juga pernah memaklumkan yang berat badannya hanya 35 kilogram sahaja susulan rawatan yang diterimanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button