Cerita ArtisHiburan

“Tidak, Tiada Apa-Apa” – Neelofa Ulas Gosip Cinta Dengan PU Riz

“Tidak, tiada apa-apa.” Itu jawapan ringkas pengacara dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor yang akhirnya menafikan desas desus hubungannya dengan pendakwah yang lahir daripada program Pencetus Ummah (PU), Haris Ismail yang sebelum ini mencetuskan teka teki dalam kalangan peminat.

Neelofa, 31, berkata hubungannya dengan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz hanya sekadar kawan dan pendakwah itu memang rapat dengan ahli keluarga serta rakan-rakannya.

“Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.

“Hubungan itu lebih daripada sekadar bekerja sama sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya.

“Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan beritahu,“ katanya kepada KopiPlanet.com.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

> Baca: Tiada Bunga-Bunga Cinta, Pu Riz Rapat Dengan Neelofa Sebab Kerja

Dalam pada itu, Neelofa juga tidak mahu isu baju sedondon yang berlaku digembar-gemburkan. Malah, dia juga tidak mahu bercakap lebih lanjut soal peribadi.

“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan. Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,” katanya.

Hubungan Neelofa dan PU Riz diperkatakan ramai selepas kakak Neelofa, Nabila memuat naik video ‘ig stories’ yang memaparkan emoji ‘love’, seolah memberikan bayangan selebriti itu sedang hangat bercinta dengan Pu Riz.

Selain Pu Riz, Neelofa sebelum ini juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button