EventHiburan

Tiga Selebriti Popular Dilantik Jadi Ikon Ubat Gigi Aurawhite

Tiga selebriti popular, Fasha Sandha, Izzue Islam dan PU Azman telah dilantik menjadi ikon kepada produk ubat gigi keluaran Aurawhite.

Majlis memperkenalkan ketiga ikon tersebut telah berlangsung di Meet & Dine, Budiman Business Park, Cheras semalam.

Pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer berkata mereka memilih produk penjagaan gigi kerana ia merupakan rutin penting dalam aktiviti seharian manusia.

“Penjagaan gigi sememangnya amat penting sejak dari kita kecil lagi. Disebabkan itu kami mengambil keputusan untuk memperkenalkan produk ubat gigi di bawah jenama kami.

“Kami datangkan ia dalam tiga variasi iaitu Aura White Whitening Hd Bright & Shine, Aura White Coconut Charcoal dan Aura White Kayu Sugi Premium.

“Untuk Whitening kami melantik Fasha sebagai ikon, Coconut Charcoal pula diwakili Izzue dan Kayu Sugi pula oleh PU Azman,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sementara itu, Fasha pula berkata dia lebih mementingkan kualiti sesuatu produk itu sebelum menerima sebarang tawaran menjadi duta atau ikon.

“Sebelum saya terima tawaran jadi ikon produk itu, saya mencuba terlebih dahulu selama beberapa bulan.

“Saya tak penting bayaran tapi lebih kepada kualiti. Bila produk itu berkualiti baru saya terima untuk jadi duta. Saya tak nak tipu orang kalau produk itu tak bagus,” katanya.

Ubat gigi Whitening Hd Bright & Shine dijual pada harga RM16.90, Cocunut Charcoal (RM15.90) dan Kayu Sugi (RM10.90). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button