Cerita ArtisHiburan

Timur Rakam Lagu Not A Criminal Dalam Tiga Bahasa, Dapat Sentuhan Penerbit & Komposer Antarabangsa

Label independent muzik yang berpengaruh di Malaysia, KRU Music (KRU) melancarkan single sulung dan video muzik Timur, artis terbaru naungan KRU berjudul Not A Criminal.

Lagu berkenaan diterbit dan diadunkan oleh Gustav Efraimsson (Monsta X/NKOTBSB) di Sweden, dimana lagu bergenre “pop dance” ini menggabungkan komposer-komposer lagu terkemuka seperti Hayden Bell (EXO/Super Junior), Ronny Svendsen (Girl’s Generation/ITZY), Anne Judith (NCT 127 /Kylie Minogue) dan Gustav sekaligus memberikan permulaan yang baik bagi Timur dalam melancarkan kerjayanya didalam industri muzik. 

Selain merakamkan single dalam tiga bahasa (Inggeris, Melayu dan Mandarin), penyanyi berbakat dan fasih pelbagai bahasa itu turut membuat persembahan dalam empat siri video muzik arahan pengarah filem aksi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim .

“Sebagai artis baharu, saya amat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh tenaga profesional bertaraf dunia seperti Gustav, Hayden, Ronny dan Anne; dan tidak dilupakan juga Datuk Syafinaz merangkap jurulatih vokal saya serta Datuk Yusry yang telah mengarahkan video muzik saya.

“Sudah hampir 2 tahun sejak pengurusan di KRU Music dan saya mengusahakan projek ini dan akhirnya single pertama saya bakal dikeluarkan. Ini merupakan satu pengalaman yang mengujakan. Saya berharap peminat akan menyukai muzik saya dan akan terhibur dengan siri video muzik yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini serta pada bulan-bulan yang akan datang pada tahun ini.” ujar Timur.

Sementara itu, Datuk Norman Abdul Halim selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music berkata, Timur merupakan bakat yang luar biasa, dinamik dan bermotivasi tinggi.

“Dia boleh menggubah lagunya sendiri, berbakat untuk bermain alat muzik seperti piano, gitar, saksofon dan drum, seorang yang cepat belajar koreografi tarian.

“Yang paling utama, Timur boleh menyanyi dan bertutur dalam 3 bahasa. Timur adalah bakat yang jarang ditemui dan bagai permata baru industri muzik kita,” ujarnya.

Lagu Not A Criminal akan dikeluarkan secara rasmi dikesemua platform penstriman digital pada 1hb April 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai Timur, sila layari dan ikuti akaun YouTube, Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter Timur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button