Cerita ArtisHiburan

Tindakan Syamsul Yusof & Kazar Saisi Tampil Dalam Sebuah Video Di Kedai Emas Kurang Disenangi Netizen

Belum reda mengenai kisah Puteri Sarah yang mengambil tindakan saman ke atas Ira Kaza, hari ini viral pula sebuah video yang memaparkan Syamsul Yusof dan Kazar Saisi di kedai emas.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, kelihatan Syamsul dan Kazar seolah-olah menghasilkan content sambil memegang perhiasan emas.

Umum mengetahui, Kazar merupakan bapa kepada Ira, gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Syamsul sehingga rumah tangga dengan Puteri Sarah berhadapan masalah.

Dalam pada itu, tindakan Syamsul yang juga pengarah Mat Kilau itu dilihat kurang disenangi segelintir netizen yang dilihat seperti tidak menjaga hati perasaan isteri dan keluarganya.

Malah, rata-ratanya memberikan komen dengan berharap agar Puteri Sarah tabah dan kuat berhadapan dengan ujian rumah tangganya itu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. – KopiPlanet.com

@rghaikimbyeongho

Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage …like , share & comments..

♬ original sound – Rghaikimbyeongho – Rghaikimbyeongho
Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button