Cerita ArtisHiburan

Tinggal Seminggu Untuk Diijabkabulkan, Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Meninggal Dunia

Hanya tinggal seminggu sebelum diijabkabulkan, ibu kepada Ubai yang juga bakal ibu mentua penyanyi Shila Amzah meninggal dunia petang tadi.

Berita sedih tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Mak, Terima Kasih Atas pinjaman Waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, Selamat Majlis ubai Dan sha. 

“Mak adalah mak yang baik Dan penyayang, isteri yang sangat baik,anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak. Sha sayang mak lillahitaala. Selamat pergi ke negeri Abadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Ibu kepada Ubai disahkan meninggal dunia pukul 6.45 petang tadi setelah mengidap penyakit kanser ovari tahap tiga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button