Cerita ArtisHiburan

Tinggalkan Warner Music… Elizabeth Tan Tegaskan Sudah Penuhi Apa Yang Termaktub Dalam Kontrak

Setelah tiga tahun, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan atau Lizzy akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi bernaung bersama syarikat rakaman Warner Music.

Lizzy berkata, kontraknya bersama syarikat rakaman berkenaan juga sudah tamat sejak bulan Februari lalu.

“Saya ambil masa untuk umumkannya apabila ia ada melibatkan proses perundangan mengenai perkara berkenaan.

“Apa yang boleh saya tegaskan, saya sudah memenuhi segala yang termaktub dalam kontrak,” jelasnya.

Lizzy berkata, ketika ini proses perundangan yang berlaku sudah berada di peringkat akhir dan peguamnya sudah menghantar surat kepada syarikat rakaman tersebut.

Ujarnya, segala bukti-bukti juga telah disertakan dan berharap semuanya akan selesai dengan cara baik.

Ketika ditanya apa perancangannya selepas ini, Lizzy memberitahu dia mahu lebih fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan yang baru diusahakannya iaitu pakaian jenama Izzi.

Menurutnya, buat masa ini dia akan menguruskan sendiri kerjayanya dan akan dibantu oleh penolong peribadinya.

“Selain bergelar penyanyi dan pelakon, saya juga perlu mencuba bidang yang lain seperti pernigaan.

“Apa pun kini saya perlu keluar daripada zon selesa dan tidak sekadar tertumpu pada bidang seni semata-mata,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button