Cerita ArtisHiburan

Tiup Semangat Patriotisme, Bunkface Lancar Single Kita Punya Malaysia Versi Akustik

Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini, kumpulan rock tempatan Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”.

Lagu asal Kita Punya Malaysia sebelum ini pernah dipilih menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019.

Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil Langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai. 

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami.

“Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” ujar mereka.

Lagu Kita Punya Malaysia versi Akustik yang mana liriknya ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu di seluruh platform rasmi Bunkface. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: ARI iLUSSI

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button