
Tiz Zaqyah & Nora Danish Pula Kini Telah Disahkan Positif Covid-19
Dua orang pelakon popular Tiz Zaqyah dan Nora Danish merupakan artis terbaharu yang telah disahkan positif Covid-19.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh kedua-duanya setelah mendapat keputusan ujian swab pagi tadi.
“Ahad 9 Mei sekitar pukul 8.30 pagi tadi saya menerima panggilan daripada Subang Jaya Medical Center, memaklumkan saya telah disahkan positif Covid-19.
“Saya disarankan untuk jalani kuarantin di rumah mulai sekarang. Doakan saya dan keluarga. Stay safe semua,” ujar Tiz.

Dalam pada itu, Tiz turut menasihati sesiapa yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan sakit kepala supaya menjalani ujian segera.
“Bermula dengan batuk-batuk kecil dan menggigil serta rasa badan yang tidak selesa.
“Jangan terlalu lama untuk mendapatkan kepastian kerana ada segelintir yang tidak menunjukan simptom. Hanya pergi buat ujian sebelum berlaku keadaan yang lebih buruk,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Nora Danish juga memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19.
Nora berkata, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah dia melakukan ujian swab.

“Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms.
“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye 🙏🏼
“Pagi ini sepatutnya Nora ada appointment untuk divaksin di UKM, Bangi. Tapi dinasihatkan kuarantin dulu. Insha’Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi,” ujarnya.
Pelakon itu juga meminta supaya sesiapa yang ada berjumpa dengannya antara 4 hinca 8 Mei supaya menjalani ujian swab. – KopiPlanet.com