
Tom Cruise Buka Akaun Instagram, Dedah Nama Filem Baharu
Peminat setia pelakon Hollywood, Tom Cruise sudah boleh menarik nafas lega apabila aktor itu akhirnya bersetuju membuka laman sosial Instagram, baru-baru ini.
Menerusi penjelasan di bahagian bio, Tom menulis, “Pelakon, Penerbit, Berlakon sejak 1981”.
Tom memberitahu perkhabaran itu kepada pengikut Twitternya, yang mana dia mempunyai sebanyak 6.6 juta pengikut.
Bintang filem berusia 55 tahun itu juga membuat pengumuman istimewa di Instagram mengenai tajuk terbaharu filem francais Mission Impossible 6 iaitu Mission:Impossible – Fallout.
Tidak sampai sejam menubuhkan akaun Instagram, Tom telah berjaya mengumpul lebih daripada 717,000 pengikut.
Sebelum ini, Will Smith juga baharu menyertai Instagram dengan membuka sebuah akaun pada Disember tahun lalu.
Setakat ini, Will telah mempunyai 5.7 juta pengikut dari seluruh dunia yang mengikuti laman sosialnya itu. – KopiPlanet.com