AntarabangsaKpop

Ahli Kumpulan Big Bang, Top Sambung Kembali Khidmat Tentera

Ahli kumpulan Big Bang, Top dikehendaki menyambung semula latihan khidmat tentera yang diwajibkan kepada semua kaum lelaki di Korea Selatan.

Top sebelum ini dibuang daripada kem latihannya di Seoul selepas dia kantoi kesalahan mengambil dadah ketika menjalani latihan pada Mei tahun lalu.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan pihak tentera, Top akan kembali bertugas pada pertengahan Januari ini bagi menyelesaikan tunggakan 520 hari lagi untuk latihan wajib itu.

Top akan ditempatkan di sebuah pejabat kerajaan di Yongsan untuk tujuan tersebut.

Tahun ini juga, dua ahli Big Bang iaitu G-Dragon dan Taeyang bakal memulakan latihan mereka selepas banyak kali menangguhkannya sebelum ini.

Di Korea Selatan, setiap jejaka yang berusia 18 tahun ke atas perlu menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun.

Jika mereka ingin menangguhkannya, ia memerlukan alasan yang cukup kukuh dan mereka perlu juga melakukannya sebelum usia masing-masing mencecah 30 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button