Cerita ArtisHiburan

Tracie Sinidol Akui Tidak Minat Sertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, Tracie Sinidol pernah memasuki pertandingan ratu cantik di negeri kelahirannya, Sabah dan pernah menjadi juara dalam pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan, yang diadakan sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan.

Selain itu, pelakon yang pernah viral kerana mempunyai wajah seiras Mira Filzah itu juga turut menjadi juara dalam Pertandingan Dewi Remaja 2022 yang berlangsung tahun lalu.

Namun begitu, Tracie memberitahu dia tidak berminat atau berhasrat untuk menyertai pertandingan ratu cantik di peringkat yang lebih tinggi seperti Miss Malaysia.

“Memang tidak sebab saya ni jenis yang kalau sekali dah cuba, saya okey. Apa-apa yang sampai kat situ, stop situ jer. Lepas menang Unduk Ngadau, apa pengalaman yang saya lalui, saya gunakan untuk ke peringkat seterusnya.

“Jadi, saya pun ambil keputusan nak sertai Dewi Remaja 2022. Kemudian setelah muncul juara, saya nak rasai suatu pengalaman yang baharu iaitu berlakon,” ujarnya.

Tracie berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi drama adaptasi dari drama popular Korea Selatan iaitu Autumn In My Heart, pelakon berkenaan memegang watak sebagai Nuha.

Drama berkenaan akan menemui penonton bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button