Cerita ArtisHiburan

Trend Ambil Instafamous Berlakon, Penerbit Jaja Ishak Kurang Bersetuju

Ketika ini seperti sudah menjadi satu trend apabila kebanyakan penerbit dan pengarah mengambil Instafamous sebagai pelakon.

Bagaimanapun, berlainan pula dengan penerbit, Jaja Ishak yang dilihat kurang bersetuju dengan trend tersebut.

Jaja berkata, masih ramai lagi pelakon berbakat yang boleh dipilih untuk berlakon dalam syarikat produksinya.

“Saya tidaklah menentang trend tersebut, cuma saya kurang bersetuju dengan situasi sebegini. Bagi saya, masih banyak lagi pelakon berbakat yang boleh dipilih.

“Lagipun ada antara Instafamous ini yang hanya bersandar populariti di media sosial semata-mata dan tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan,” katanya.

Namun begitu, Jaja juga masih percaya bahawa ada Instafamous yang berbakat dalam bidang lakonan.

“Tidak dinafikan ada juga sesetengah individu yang popular di Twitter atau Instagram mempunyai bakat terpendam dah mereka juga mempunyai usaha untuk mendalami dunia lakonan.

“Jika Instafamous itu mahu belajar berlakon dan menunjukkan usaha gigih, saya tidak kisah untuk mengambil mereka berlakon dalam produksi saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaja kini sedang dalam proses menerbitkan drama bersiri 15 episod berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan, Intan Najuwa, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ini mendapat sentuhan sutradara Zamri Zakaria dan bakal bersiaran di slot Samarinda TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button