Gaya Hidup

Ketahui Tips Tidur Malam Yang Lena Dan Tidak Diganggu

Setiap daripada kita pastinya pernah mengalami tidur malam yang tidak lena.  Pastinya situasi sedemikian merimaskan anda apatah lagi esok harinya perlu bangun di awal pagi demi tuntutan kerja.

Kadang-kadang dah tukar sarung bantal baharu yang serba wangi dan fresh serta nyalakan lilin aromaterapi pun ia masih lagi tidak membantu.

Dekat mana salahnya yang buat anda sukar tidur? Nak tahu, jom check tips-tips di bawah ini yang mungkin boleh membantu anda.

1. Tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

Cuba jadikan rutin untuk tidur pada waktu yang sama serta bangun tidur pun pada waktu yang sama untuk setiap hari (ya, termasuk hari anda cuti). Ini supaya badan anda akan segar secara semula jadi. Jangan jadikan habit tidur dalam tempoh yang sama tapi waktu tidurnya berubah-ubah. Contohnya, anda tidur lapan jam sehari, tapi hari ini tidur jam 10.00 malam, esoknya tidur jam 12.00 tengah malam. Ini tidak akan membantu ya. Sebaiknya, cuba tetapkan waktu tidur yang sama pada setiap hari.

2. Ambil masa nap yang sekejap

Tidur nap sememangnya dituntut lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari. Tapi jangan pula nap sampai sejam, sebab dah namanya pun nap, sebaiknya peruntukkan selama 15 hingga 20 minit sahaja untuk tidur siang. Ini kerana ia akan membantu anda tidur dengan lebih baik pada waktu malam.

3. Lakukan senaman pada siang hari

Cuba lakukan senaman pada pagi hari. Individu yang sering melakukan senaman ringan akan senang tidur lena pada waktu malam. Dengan melakukan senaman juga, seseorang itu akan dapat menghindari simptom penyakit imnsonia (sukar tidur).

4. Jaga pemakanan, elak pengambilan kafein

Anda pasti terperanjat kalau tahu yang sebenarnya kafein boleh membuatkan mata anda segar selama 10 hingga 12 jam selepas mengambilnya. Jadi seboleh-bolehnya elakkan minum kopi beberapa jam sebelum nak masuk tidur. Selain itu, elakkan juga mengambil makan malam yang berat sebelum tidur. Cuba praktikkan makan malam sebelum jam 7 petang supaya proses penghadaman itu tidak menganggu tidur malam yang sempurna.

5. Kosongkan minda dan fikiran

Untuk mendapatkan tidur malam yang ‘smooth’, cuba kosongkan minda anda daripada memikirkan masalah yang membawa stress pada hari itu. Cuba tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum tidur dan lakukan regangan badan dan akhir sekali, bayangkan anda berada di satu kepulauan yang cukup indah agar anda mampu melelapkan mata dengan baik sehingga ke hari esok. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button