Cerita ArtisHiburan

Tuduh Juruterbang MAB Terlibat Dadah, Pablo Amirul Tampil Mohon Maaf

Pelakon popular Pablo Amirul tampil membuat permohanan maaf kepada syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) atas tuduhan yang mengatakan seorang juruterbang syarikat tersebut terlibat dengan dadah.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Pablo menyatakan dia sedia untuk diambil tindakan oleh syarikat berkenaan.

“PABLO AMIRUL HANYA MANUSIA YANG TAK LARI BUAT KESILAPAN. PABLO MINTA MAAF PADS @malaysiaairlines kerana menuduh pilot and a FATIN NABILAH MUSA terlibat dengan dadah ADALAH TIDAK BENAR!

“Sebarang tindakan MALAYSIA AIRLINES please take an action on me.. Kepada @pdrmsia_official dan @jawi_kl @jais pablo akan berikan kerjasama dalam Masa terdekat..,” tulisnya.

Baru-baru ini, pelakon berkenaan meluahkan rasa kecewanya apabila ditinggalkan kekasihnya yang juga seorang juruterbang syarikat berkenaan.

Dalam luahannya itu, Pablo kecewa apabila kekasihnya itu meninggalkan dirinya dan menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP, namun video berkenaan yang dimuatnaik di Facebook telah dipadam.

Pada masa sama, pelakon itu berhadap agar tiada lagi mana-mana pihak yang mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

“HARAP TIADA LAGI SESIAPA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP APA YANG BERLAKU. DO RESPECT.. I BEGGING…

“Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua. Lets be positive.. Benda dah reveal jadikan pengajaran berguna.. Thanks,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button