GadgetGaya Hidup

Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Diketahui Tentang Produk Terbaharu HONOR Magic3

Baru-baru ini, jenama HONOR telah pun memperkenalkan siri HONOR Magic3 semasa majlis pelancaran global yang berlangsung di China.

Berikut merupakan tujuh perkara menarik yang perlu diketahui tentang siri HONOR Magic3, sebuah telefon pintar flagship yang menawarkan teknologi premium berserta ciri-ciri ‘luar biasa’ fotografi dan videografi yang digambarkan sebagai Beyond Epic. 

#1. Pengalaman Menonton Menakjubkan dengan Paparan Melengkung Super 89° 

Siri HONOR Magic3 hadir dengan Paparan Melengkung Super 89° bersama bezel ultra nipis bagi memberi pengalaman menonton mengasyikkan kepada peminat. Skrin 10-bit telefon pintar ini memaparkan 1.07 bilion warna dan menyokong persijilan HDR10+. Peminat dapat menikmati visual dengan warna lebih terang dan terperinci. 

Mengenai rekaanya pula, siri HONOR Magic3 Pro+ diberi sentuhan cantik dengan perlindungan kristal Nano melengkung ‘super’ dan rangka seramik Nano. Rekaan istimewa ini memberi rasa premium kepada peminat dan rasa selesa ketika memegangnya. 

#2. Revolusi Fotografi dengan tetapan kamera kukuh

Inilah yang anda ingin tahu! Kehebatan kamera HONOR kini mencapai tahap tertinggi! Dilengkapi Enjin Imej HONOR tersendiri, sistem pengimejan canggih yang diperkasakan kecerdasan buatan (AI) memberi hasil imej berkualiti tinggi dan menakjubkan dengan setiap klik. Bagi HONOR Magic3 Pro+, ia dilengkapi empat kamera terdiri daripada Kamera Monokrom 64MP, Kamera Sudut Lebar 50MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 64MP 126° dan Kamera Telefoto Periskop 64MP. Hasil segala imej yang anda rakam dan klik seolah menjadi ‘hidup’.

Dengan kehebatan kamera siri HONOR Magic3, anda pasti ingin merakam setiap detik, objek dan pergerakan. Apatah lagi siri ini turut dilengkapi autofokus Full Pixel Octa Phase Detection, rakaman objek bergerak dapat ‘ditangkap’ dengan cepat, tepat dan jelas. Malah, anda sudah tidak memerlukan tripod atau penstabil kerana kameranya mempunyai Penstabil Imej Optik (OIS). 

#3. Pengaturan Filem AI pada telefon pintar pertama di dunia dengan IMAX Enhanced

Siri HONOR Magic3 melakar sejarah sebagai pengaturan Filem AI pada telefon pintar yang pertama di dunia dengan IMAX Enhanced. Ia dilengkapi sistem rakaman Magic-Log dan 3D LUT sinematik (LUT) yang biasa digunakan profesional untuk merakam filem. Bukan itu saja, siri ini turut dimuatkan tiga mikrofon ‘omni-directional’ untuk memberi tangkapan audio jelas. Susah tentu ciri-ciri ini diidamkan YouTuber, TikToker dan Vlogger kerana dapat menunjuk skil merakam dan menghasilkan karya bertaraf tayangan pawagam. 

#4. Dikuasakan chipset Snapdragon 888 Plus untuk prestasi lancar

Siri HONOR Magic3 menjadi kumpulan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan Snapdragon 888 Plus 5G. Dengan ciri mengagumkan dalam menghasilkan foto dan video, siri HONOR Magic3 juga hadir dengan teknologi grafik GPU Turbo X yang mengurangkan penggunaan tenaga dan memberi prestasi lancar. 

#5: Teknologi Superconductive Hexagonal Graphene pertama di dunia

Siri HONOR Magic3 menggunakan teknologi Graphene Hexagonal Superconductive untuk mengimbangi penggunaan tenaga, haba serta memberi prestasi sangat baik, sekaligus memberi pengalaman permainan mudah alih yang baik.

#6. Pautan muat turun terpantas di dunia

Dengan LINK Turbo X, teknologi canggih yang dibangunakan sendiri ini, siri HONOR Magic3 berjaya menggunakan rangkaian Wi-Fi dan cellular untuk kelajuan muat turun maksimum 6.1Gbps, kelajuan muat turun terpantas yang tersedia di telefon pintar hari ini.

#7. HONOR SuperCharge 66W dengan hayat bateri ultra panjang 

Mengenai bateri, siri HONOR Magic3 hadir dengan bateri berkapasiti 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W atau  50W.

Warna, dan ketersediaan

Inspirasi daripada ‘Waktu Magis’, HONOR Magic3 ditawarkan dalam warna pilihan Golden Hour dan Blue Hour yang kedua-duanya dihasilkan daripada kulit sintetik selain warna Black dan White.

Sementara HONOR Magic3 Pro hadir dalam warna Golden Hour, Black dan White. Manakala HONOR Magic3 Pro+ didapati dalam warna Ceramic Black dan Ceramic White yang memberi rasa klasik dan premium.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini siri HONOR Magic3 boleh ke Facebook HONOR Malaysia di https://www.facebook.com/HonorMY.Nantikan lebih banyak berita mengenai siri HONOR Magic3 yang luar biasa! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button