Cerita ArtisHiburan

Tujuh Selebriti Dikenakan Kompaun Berjumlah RM19,000 Berhubung Kes Pelanggaran SOP PKPB

Polis mengesahkan tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis di sebuah hotel pada 29 April lalu dikenakan kompaun berjumlah RM19,000.

Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tindakan kompaun itu diputuskan Pejabat Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan kepada pihaknya, semalam.

“Pejabat Peguam Negara memutuskan enam individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,500. Mereka ialah Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Nur Iman Alysaa Sahabuddin.

“Kesemua mereka gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal berkata, kompaun RM10,000 pula dikeluarkan ke atas penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli daripada syarikat penganjur majlis, kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang tempoh majlis itu berlangsung.

Jelas beliau, kesemua individu terbabit dikompaun, kelmarin, kerana gagal mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan ketika menghadiri majlis berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button