EventHiburan

Tun Siti Hasmah Gesek Biola Konsert Jamal Abdillah & M. Nasir

Konsert Duo Lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir akan diserikan dengan penampilan istimewa isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Lebih menarik Siti Hasmah akan membuat persembahan gesekan biola mengiringi persembahan dua penyanyi popular itu.

Jamal yang merupakan penerbit konsert tersebut menerusi syarikatnya, BinJamal Event berkata segmen itu diadakan bertujuan mengutip dana bagi disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Konsert tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula 20 hingga 23 Disember hadapan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Jamal dan M. Nasir bakal mencipta sejarah buat pertama kali berkongsi pentas bertaraf dunia dengan diiringi 20 pemuzik profesional.

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan gabungan penyanyi evergreen itu membawa lapan lagu popular masing-masing yang sehingga kini menjadi pujaan ramai.

Jamal akan menyampaikan lagu-lagu seperti Penghujung Rindu, Takdir Penentu Segala, Bicara Cinta, Di Sudut Kamar Hati, Deru, Mana Teman Seperjuangan, Di Sebalik Cinta dan Kau Lupa Janji.

M. Nasir pula dengan lagu seperti Hati Emas, Gerhana, Perjuangan, Sekuntum Bunga Plastik, Sesat Di Kuala Lumpur, Kolar Biru, Mustika dan Keroncong Untuk Ana.

Sementera itu, tiket-tiket berharga RM1,500 (Golden Seat/VVIP), RM558, RM458, RM358, RM258 dan RM158 boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button