Cerita ArtisHiburan

Mahkamah Tolak Tuntutan Bekas Suami Untuk Penjarakan Elly Mazlein

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya sebentar tadi, penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa bersyukur apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya susulan permohonan bekas suami, Azmi Hatta yang mahu Elly dipenjarakan.

Menurut Elly, 38, atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, Azmi membuat tuntutan itu di atas sebab mendakwa dia sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab terhadap anak mereka, Putri Sara Sefhia.

“Azmi sangat kejam punya impian nak pisahkan Kak Lina (Elly) dengan Manja (Sefhia). Sepatutnya ikut logik akak, Kak Lina la yang lebih patut berdendam sebab Azmi dah nikah, dah ada baby dan keluarga sempurna.

“Alhamdulillah di bulan yang mulia, Kak Lina dapat keadilan. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan Kak Lina. Salah satu alasan Azmi kata Kak Lina, mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” tulisnya.

Menerusi kapsyen di entri tersebut juga, Elly turut menyebut mengenai Azmi yang sehingga kini masih culas untuk membayar nafkah Sefhia sebanyak RM1,500 sebulan seperti yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini.

“Lepas ini Kak Lina akan usahakan pula cadangan untuk meminta pihak produksi Azmi untuk memotong gajinya setiap bulan untuk pembayaran nafkah Sefhia yang hanya RM1,500 sebulan,” luahnya lagi.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 namun disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi itu sedang hamil empat bulan.

Azmi kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017 dan hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi yang dilahirkan pada 9 April lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram chikathedivas

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button