Cerita ArtisHiburan

“TV Banyak Sangat Politik…” – Izara Aishah Mahu Tumpu Berlakon Filem Setelah Kecewa Dengan Stesen TV

Pelakon popular, Izara Aishah menyatakan dia mahu memberi fokus kepada berlakon filem buat masa ini berbanding tampil di kaca televisyen.

Izara berkata, keputusan untuk dia berbuat demikian kerana berasa kecewa dengan stesen televisyen yang disifatkannya banyak ‘politik’.

“TV (stesen) banyak sangat politik… Contohnya tentang pemilihan pelakon, bayaran, cara bekerja. Saya rasa memang tak boleh. Kalau filem saya tak ada masalah.

“Ia bukan bermakna saya serik, cuma berasa agak kecewa. Cara saya dioffer, apa yang mereka minta saya tak setuju. Lagipun sekarang ni dah masuk tahun 2021. Enough is enough,” luahnya.

Izara berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton filem dokumentari Siti Are You Ready yang berlangsung semalam.

Pada masa sama, Izara juga mengakui kebanyakan kenyataan yang dimuat naik di Twitter sememangnya ditujukan kepada pihak stesen televisyen.

Ujarnya, dia sendiri tak kisah sekiranya kenyataan-kenyataan yang dibuat itu boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon.

“Kalau ia memberi kesan kepada karier saya terpulanglah. Apapun karier saya sekarang ni alhamdulillah, rezeki saya semakin luas,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon itu mengakui berasa agak janggal untuk kembali berlakon semula setelah dua tahun meninggalkan dunia lakonan sejak hamil sehinggalah melahirkan anak.

Ujarnya, dia akan menyertai mana-mana kelas lakonan sekiranya mendapat sebarang tawaran berlakon filem dalam tempoh terdekat. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Izara Aishah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button