Gosip PanasHiburan

TV3 Arah Kiera Tarik Semula Kenyataan

Pihak stesen TV3 mengarahkan supaya bekas peserta Clever Girl musim kedua, Noor Syakirah menarik semula kenyataan berhubung kewujudan penipuan dalam rancangan tersebut.

TV3 dalam kenyataannya  memberitahu segala dakwaan yang dilemparkan oleh peserta dari Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

“Pihak Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) mengambil maklum mengenai keputusan Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera) untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai rancangan Clever Girl Malaysia Musim Kedua seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

“Namun begitu, pihak TV3 ingin menegaskan bahawa segala dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan tersebut adalah tidak benar sama sekali,”jelas kenyataan tersebut.

Ujarnya, pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah.

Sebelum ini, timbul dakwaan daripada peserta berkenaan yang mengatakan terdapat jawapan bocor yang diberikan kepada salah seorang peserta lain yang turut bertanding.

Dengan dakwaan tersebut juga, Kiera mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terus menyertai rancangan berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button