DramaTV

TV3 Tampil Dua Drama Baharu Menarik, SiTik Tok & Mata Ketiga

Berkongsi video di pelbagai aplikasi media sosial mula menjadi sebati dalam hidup kita. Adakah cita-cita untuk menjadi seorang ‘TikToker’ hanyalah angan-angan yang mahu meraih kepopulariti semata-mata?

Bagaimana pula dengan kurniaan istimewa yang membolehkan anda melihat dunia dengan mata ketiga? Adakah ia satu anugerah atau musibah?

Itu adalah intipati kandunan dua buah cerita yang ditampilkan menerusi dua buah drama iaitu SiTikTok dan Mata Ketiga yang sudah mula ditayangkan di TV3 mulai semalam (22 Julai). 

  1. SiTik Tok (Isnin – Khamis 10.00 malam)

Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Joon Goh dengan nukilan skrip oleh Nadia Khan, Adib Zaini, Dayang Noor dan Jarr Nadjmuddean menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Scha Elinnea (Siti), Niezam Zaidi (Shon), Nadia Aqilah (Miss Rona), Nelissa Nizam (Jaja), Zamaera (Maru), Kahoe (Xander) dan Acong Sweetchild (Chuchox). 

SiTik Tok mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti. 

Siti tidak rasa patah hati selepas kejadian itu. Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja. 

2. Mata Ketiga (Isnin – Khamis 10.30 malam)

Drama bersiri 10 episod berdurasi 30 minit ini merupakan terbitan Skop Productions, diarahkan oleh C.Kumaresan merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad Idrus. Mata Ketiga menampilkan barisan pelakon handalan Malaysia seperti Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don. 

Drama genre seram dan mistik ini mengisahkan Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik. Pengembaraan bermula apabila Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan.

Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button