HiburanSelebriti

Tyzo Xander Tunjuk Bukti Jumlah Pendengar Segmen Petang Paling Tinggi, Segmen Malam Kendalian DJ Lin Terendah

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander menunjukkan bukti bahawa segmen petang kendaliannya bersama Sharifah Shahira atau Rara mendapat jumlah pendengar yang tertinggi.

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh Tyzo menerusi satu posting yang telah dimuat naik di akaun Instagramn miliknya.

“Kecoh sangat pasal RATING, biarlah gambar berbicara. Ini data RATING JUMLAH PENDENGAR. 

“Alhamdulillah bagi tahun 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang 4 kali survey berturut2. Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di Whiteboard oleh GM. Sekian,” ujarnya.

Menerusi pendedahan tersebut, rating survey pertama dan kedua bagi tahun 2023 menunjukkan jumlah pendengar adalah seramai 1.73 juta (survey 1) dan 1.56 juta (survey 2).

Apa yang lebih menjadi tumpuan apabila segmen malam kendalian DJ Lin memperolehi jumlah pendengar terendah iaitu 1.47 juta (survey 1) dan 1.11 juta (survey 2).

Semalam, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media berkata, tiada sebab untuk memecat DJ Lin kerana penyampai itu menunjukkan prestasi yang bagus dan mengekalkan rating tertinggi setiap minggu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button