AntarabangsaHollywood

Ucapan Hari Jadi Miley Untuk Suami Bikin Peminat Cair

Jarang-jarang menunjukkan sisi romantiknya, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus membuat kejutan dengan menulis luahan rasa berbaur romantis buat suaminya, pelakon Liam Hemsworth sempena hari lahirnya semalam.

Miley menulis surat cinta terbuka buat Liam yang rata-ratanya membuatkan netizen dan beberapa selebriti Hollywood turut cair dengan butiran yang dicatatkan menerusi surat digital itu.

Antara bait-bait yang dicoretkan pelantun The Climb itu, “Bila kita kali pertama bersua muka awak baharu sahaja berusia 19 tahun dan hari ini awak sudah mencecah usia 29 tahun.”

“Di sini saya nak kongsikan mengenai jejaka kesayangan saya ini sempena hari istimewa dia.

“Cara awak memandang saya, memandang binatang peliharaan kita, memandang keluarga awak, kawan-kawan, orang asing dan cara awak melihat kehidupan.

“Saya suka cara awak yang pantas pergi ke luar rumah untuk tengok keadaan cuaca bila saya tanya pasal cuaca hari ini daripada memeriksanya di telefon awak.

“Saya suka cara awak mengendalikan semua perkara mengikut cara awak tapi awak tak pernah malu untuk meminta bantuan sekiranya memerlukan.

“Saya suka melihat stokin kotor awak di lantai kerana saya tahu pada ketika itu awak sudah balik ke rumah dan saya juga suka bila awak perkenalkan saya dengan band baharu supaya bila awak berada jauh di sisi, saya boleh dengar lagu band tersebut dan merasakan seolah-olah awak berada di sebelah.

“Saya cintakan awak. Saya hormat awak dan awak juga menghormati saya. Terima kasih kerana menggembirakan saya selama ini,” tulis Miley.

View this post on Instagram

HBD 2 Da Hubz

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Surat cinta Miley itu menerima lebih daripada 1.2 juta tanda suka daripada netizen setakat ini.

Pasangan ini telah berkahwin pada 23 Disember lalu di kediaman mereka di Tennessee, Amerika Syarikat.

Miley dan Liam bertemu pada 2009 selepas digandingkan menerusi filem romantik The Last Song. Setahun selepas terlibat dalam filem tersebut, mereka kemudiannya menghebahkan hubungan kepada umum.

Mereka sempat bertunang sebelum memutuskan hubungan pada 2013. Miley dan suami kemudiannya berbaik semula pada 2016 sehingga membawa kepada pengakhiran bahagia pada Disember lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button